Pages

Thursday 5 December 2013

Kajian saintifik terhadap bio velocity sleep mate

London: Kajian menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental. Penyelidikan membuktikan seorang daripada 5 orang, berasa letih luar biasa dan 1 daripada 10 orang mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Prof. Colin Espie berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat dan tenaga kepada manusia.


Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang 6 jam sehari dan terganggu berisiko 48% menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15% risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.


 Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Prof. Francesco Cappuccio.


Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83% mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.